Tuesday, April 14, 2015

Bola Sepak, Badminton, Hoki Malaysia apa sudah jadi?

Saya merupakan peminat ketiga-tiga jenis sukan ini walaupun kadang-kadang tidak dapat hadir ke stadium menyaksikan sendiri perlawanan namun saya tetap mengikutinya sama ada di televisyen atau portal berita. Namun suku tahun 2015 tidak ada kejayaan yang diperolehi malah hendak dibangga sekalipun. Kekalahan teruk skuad senior Harimau Malaya yang bolos 0-6 kepada Oman sewaktu perlawanan persahabatan sesungguhnya dapat memberi pengajaran kepada tenaga jurulatih dan persatuan bola sepak negara supaya mengukur baju di badan sendiri. Begitu juga skuad harimau muda yang tidak konsisten sekejap juara piala banghuru (betul ke ejaan ni?) kemudian tewas dalam saingan piala AFC bawah 23 tahun namun hanya menang ke atas Macau yang semua tahu ranking negara tersebut lebih rendah dari Malaysia. Saya tidak tahu apa masalah bola sepak Malaysia kini. Zaman kegemilangan bola sepak Malaysia pada era 60an dan 70an besar kemungkinan hanya tinggal sejarah sahaja. Kejayaan memenangi piala AFF 2010 pula hanya dapat dikecap seketika kemudian prestasi bola sepak kemudian turun dan tak naik-naik. Menjadi naib juara piala AFF 2014 yang lalu bukanlah petunjuk prestasi sebenar Malaysia kerana tidak berdepan dengan pasukan Indonesia dan Filipina yang rangking mereka lebih baik dari Malaysia. Menang ke atas Vietnam mungkin disebabkan pemain ke 22 negara iaitu sokongan setia penyokong Malaysia. Tolonglah berubah wahai pemain contohilah semangat kental pemain timur tengah tanpa menyerah kalah dan tidak takut kepada lawan di atas mana-mana padang, Wahai jurulatih bola sepak negara saya sudah muak dengan alasan "tidak cukup masa untuk melatih pemain", "lawan bermain lebih baik", "ranking bukan keutamaan", ini perkara biasa dalam bola sepak" ? jika kalah sentiasa adakah perkara itu biasa?nak salahkan pihak yang mana ni?Tak perlulah kita berangan hendak layak ke piala dunia 2018 atau 2022 sekalipun mahu menjadi tuan rumah piala asia jika permainan bola sepak negara masih di peringkat asia tenggara.

Badminton juga terumbang-ambing dalam kejohanan super series dan lain-lain perlawanan sejak ketiadaan DLCW beraksi. Pelapis-pelapis perseorangan lelaki sangat jauh prestasi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Perseorangan wanita juga seperti sekadar melengkapkan jadual perlawanan. Bergu lelaki, wanita dan campuran juga turut tidak konsisten selepas Sukan Asia 2014 berakhir prestasi mereka terus merudum. Masalah apa yang membelenggu kem badminton negara kini? Lihatlah China dan Korea mereka terus konsisten menghasilkan barisan pelapis dan sering menjadi juara dan menghuni ranking terbaik dunia. Saya juga bosan dengan drama jurulatih yang lari, berhenti dan sebagainya meninggalkan kem begitu sahaja tanpa memikirkan semangat kenegaraan langsung hanya berbeza pendapat dan prinsip. Ini kesilapan pihak siapa?pemain? jurulatih? persatuan sukan? atau  program pembangunan itu sendiri? Salah menyalah antara satu sama lain hanya membuka pekung kelemahan sesebuah organisasi sukan itu sebenarnya. Buktikan dahulu kejayaan kemudian nak buat press conference ke nak berarak satu malaysia ke silakan.

Hoki pun sama setelah menjadi juara pusingan kedua di Singapura untuk kelayakan ke separuh akhir liga hoki dunia kemudian magis kejayaan hoki terus merosot. Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi pemain yang tidak dibayar bonus dan sebagainya merencatkan persiapan mantap pasukan hoki negara berdepan perlawanan yang mendatang. Misi memburu kejuaraan sulung pada piala Sultan Azlan Shah yang tidak pernah dimenangi oleh negara walaupun menjadi tuan rumah juga berkecai dengan menghuni tangga tercorot kedudukan dikira pencapaian terburuk negara sepanjang edisi ini diadakan. Ini nak salahkan siapa? pemain bila ditemuramah menjanjikan berbagai harapan kemenangan dan tidak kurang juga meminta maaf kerana beraksi tidak cemerlang. Jurulatih pula terus tidak mahu ditemubual sebaik kekalahan seperti tidak mahu menanggung kesilapan bersama. Persatuan sukan hoki negara jika membuat PC di media bernada bongkak dan juga tidak mahu mengaku kekalahan sebaliknya bersetuju "ada baiknya Malaysia kalah" keluar dari kenyataan dari orang kanan persatuan tersebut. Kenapa cakap macam tu?Sila la tunjukkan sikap bertanggunjawab dengan mengaku telah menghampakan peminat hoki negara. Kedudukan rangking hoki negara ke-13 di dunia bukanlah jaminan pasukan negara antara yang terkuat di kalangan negara yang rangking mereka lebih rendah dari Malaysia jika mudah ditewaskan. Letih dengar kalah menang ya ini adat pertandingan tetapi tiada siapa mahu kekalahan sentiasa dan berterusan.

mungkin saya terpaksa cuba meminati sukan yang tidak popular di Malaysia seperti bola baling, hoki ais atau tenis selepas ini.