Sunday, July 5, 2015

Hoki, Bola Sepak dan Badminton Negara: Saya kecewa kerana tiada kejayaan yang hendak dibanggakan

Saya peminat 3 jenis sukan olimpik ini namun hakikatnya pencapaian atlet Malaysia sangat mendukacitakan dalam semua pertandingan di peringkat sukan asia, piala dunia mahupun kelayakan sukan olimpik. Letih saya menjadi penyokong tegar dibelakang skrin television mengharapkan kejayaan atlet yang mewakili negara untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke peringkat olimpik namun kebergantungan kepada harapan DLCW pada olimpik 2008 dan 2012 seterusnya rio 2016 ini sangat sengit untuk dikalungkan pingat emas pertama olimpik buat Malaysia.

Bola sepak Malaysia oh tidak mahu saya harapkan lagi kejayaan kerana misi kelayakan piala dunia dan piala asia 2018 & 2019 semakin kabur dengan prestasi yang ditunjukkan pada perlawanan kelayakan kumpulan asia baru-baru ini. Saya sanggup tunggu lagi 10 tahun untuk skuad B13 juara Piala Iber yang lalu untuk sekurang-kurangnya mengembalikan era kegemilangan skuad bola sepak Malaysia 1970an layak ke sukan olimpik 2024, piala dunia 2026 dan piala asia 2027. Itu sahaja harapan menggunung saya.

Hoki negara ketika olimpik atlanta 1996 dan sydney 2000 adalah kebanggaan saya sehingga hari ini dengan barisan pemain mantap ketika itu yang penuh semangat juang atas nama negara tidak gentar dengan pemain benua eropah di ranking tertinggi dunia ketika itu. Namun jolokan "The Speedy Tigers" tidaklah setimpal dengan gelarannya yang turun naik dengan prestasi yang hambar. The Speedy Tigers hanya boleh berbangga sebagai gergasi hoki asia tenggara sahaja namun bukan di rangking ke-12 dunia mahupun untuk menyaingi India, Pakistan dan Korea Selatan sesuatu luar biasa jika menang. selamat sejahtera selamanya the speedy tigers.

Badminton?DLCW lagi yang diharapkan untuk prospek emas olimpik rio 2016!pemain-pemain lain seperti beregu lelaki dan wanita jauh sekali untuk menyaingi handalan beregu china dan korea. Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand kini sering mengekang kemaraan Malaysia untuk layak ke peringkat seterusnya inikan pula untuk mengidamkan bertemu pasukan gergasi seperti China di final olimpik nanti?hanya keajaiban sahaja yang boleh memberi sakti kepada raket bulu tangkis anda. DLCW semoga berjaya untuk rio 2016 tidak kira warna pingat yang bakal anda menangi nanti.

Memanah?atlet banyak janji itu janji ini tapi "saya sudah buat yang terbaik" tetapi mengakui "saya telah melakukan kesilapan"ingatlah di sukan yang berprestij seperti sukan Asia atau Olimpik atau piala dunia tidak ada kesilapan lagi hanya kesempurnaan yang dikehendaki,

Menembak?buktikan anda boleh atasi juara dunia seperti Korea dahulu barulah anda layak digelar pembidik tepat harimau negara.

Terjun?semoga ratu terjun negara berjaya mendapat pingat perak di rio 2016.Lain-lain sukan?mungkin ada kejayaan pingat tak diduga di sukan olimpik 2024 hendaknya.

Tuesday, April 14, 2015

Bola Sepak, Badminton, Hoki Malaysia apa sudah jadi?

Saya merupakan peminat ketiga-tiga jenis sukan ini walaupun kadang-kadang tidak dapat hadir ke stadium menyaksikan sendiri perlawanan namun saya tetap mengikutinya sama ada di televisyen atau portal berita. Namun suku tahun 2015 tidak ada kejayaan yang diperolehi malah hendak dibangga sekalipun. Kekalahan teruk skuad senior Harimau Malaya yang bolos 0-6 kepada Oman sewaktu perlawanan persahabatan sesungguhnya dapat memberi pengajaran kepada tenaga jurulatih dan persatuan bola sepak negara supaya mengukur baju di badan sendiri. Begitu juga skuad harimau muda yang tidak konsisten sekejap juara piala banghuru (betul ke ejaan ni?) kemudian tewas dalam saingan piala AFC bawah 23 tahun namun hanya menang ke atas Macau yang semua tahu ranking negara tersebut lebih rendah dari Malaysia. Saya tidak tahu apa masalah bola sepak Malaysia kini. Zaman kegemilangan bola sepak Malaysia pada era 60an dan 70an besar kemungkinan hanya tinggal sejarah sahaja. Kejayaan memenangi piala AFF 2010 pula hanya dapat dikecap seketika kemudian prestasi bola sepak kemudian turun dan tak naik-naik. Menjadi naib juara piala AFF 2014 yang lalu bukanlah petunjuk prestasi sebenar Malaysia kerana tidak berdepan dengan pasukan Indonesia dan Filipina yang rangking mereka lebih baik dari Malaysia. Menang ke atas Vietnam mungkin disebabkan pemain ke 22 negara iaitu sokongan setia penyokong Malaysia. Tolonglah berubah wahai pemain contohilah semangat kental pemain timur tengah tanpa menyerah kalah dan tidak takut kepada lawan di atas mana-mana padang, Wahai jurulatih bola sepak negara saya sudah muak dengan alasan "tidak cukup masa untuk melatih pemain", "lawan bermain lebih baik", "ranking bukan keutamaan", ini perkara biasa dalam bola sepak" ? jika kalah sentiasa adakah perkara itu biasa?nak salahkan pihak yang mana ni?Tak perlulah kita berangan hendak layak ke piala dunia 2018 atau 2022 sekalipun mahu menjadi tuan rumah piala asia jika permainan bola sepak negara masih di peringkat asia tenggara.

Badminton juga terumbang-ambing dalam kejohanan super series dan lain-lain perlawanan sejak ketiadaan DLCW beraksi. Pelapis-pelapis perseorangan lelaki sangat jauh prestasi jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Perseorangan wanita juga seperti sekadar melengkapkan jadual perlawanan. Bergu lelaki, wanita dan campuran juga turut tidak konsisten selepas Sukan Asia 2014 berakhir prestasi mereka terus merudum. Masalah apa yang membelenggu kem badminton negara kini? Lihatlah China dan Korea mereka terus konsisten menghasilkan barisan pelapis dan sering menjadi juara dan menghuni ranking terbaik dunia. Saya juga bosan dengan drama jurulatih yang lari, berhenti dan sebagainya meninggalkan kem begitu sahaja tanpa memikirkan semangat kenegaraan langsung hanya berbeza pendapat dan prinsip. Ini kesilapan pihak siapa?pemain? jurulatih? persatuan sukan? atau  program pembangunan itu sendiri? Salah menyalah antara satu sama lain hanya membuka pekung kelemahan sesebuah organisasi sukan itu sebenarnya. Buktikan dahulu kejayaan kemudian nak buat press conference ke nak berarak satu malaysia ke silakan.

Hoki pun sama setelah menjadi juara pusingan kedua di Singapura untuk kelayakan ke separuh akhir liga hoki dunia kemudian magis kejayaan hoki terus merosot. Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi pemain yang tidak dibayar bonus dan sebagainya merencatkan persiapan mantap pasukan hoki negara berdepan perlawanan yang mendatang. Misi memburu kejuaraan sulung pada piala Sultan Azlan Shah yang tidak pernah dimenangi oleh negara walaupun menjadi tuan rumah juga berkecai dengan menghuni tangga tercorot kedudukan dikira pencapaian terburuk negara sepanjang edisi ini diadakan. Ini nak salahkan siapa? pemain bila ditemuramah menjanjikan berbagai harapan kemenangan dan tidak kurang juga meminta maaf kerana beraksi tidak cemerlang. Jurulatih pula terus tidak mahu ditemubual sebaik kekalahan seperti tidak mahu menanggung kesilapan bersama. Persatuan sukan hoki negara jika membuat PC di media bernada bongkak dan juga tidak mahu mengaku kekalahan sebaliknya bersetuju "ada baiknya Malaysia kalah" keluar dari kenyataan dari orang kanan persatuan tersebut. Kenapa cakap macam tu?Sila la tunjukkan sikap bertanggunjawab dengan mengaku telah menghampakan peminat hoki negara. Kedudukan rangking hoki negara ke-13 di dunia bukanlah jaminan pasukan negara antara yang terkuat di kalangan negara yang rangking mereka lebih rendah dari Malaysia jika mudah ditewaskan. Letih dengar kalah menang ya ini adat pertandingan tetapi tiada siapa mahu kekalahan sentiasa dan berterusan.

mungkin saya terpaksa cuba meminati sukan yang tidak popular di Malaysia seperti bola baling, hoki ais atau tenis selepas ini.


Friday, September 12, 2014

Nasi Lemak Damansara Perdana vs Kg. Sungai Penchala

Semua orang kalau sarapan pagi mesti nak makan nasi lemak. Ada yang suka nasi lemak biasa yang di letak di atas meja makan restoran mamak atau beli di gerai payung tepi jalan, ada yang suka tambah lauk extra seperti ayam goreng, rendang, sambal kerang, telur mata dan macam-macam lagi lauk. Tapi setiap kali kita tambah lauk extra untuk di tapo makan di rumah atau ofis mesti kita akan bertanya-tanya balik harga nasi lemak sekarang yang ikut suka hati makcik tu je jual kan! (tak tau macam mana makcik tu letak harga)

Pengalaman saya menjadi warga Damansara Perdana sejak 2008 hingga kini harga nasi lemak di area sini bermula dari RM1.50 ke atas. Jika mahu nasi lemak RM1.50 ada terdapat di atas meja makan kedai mamak. Tapi tengok kedai mamaklah ada yang RM1.50 ada yang RM2. Portion nasi lemak tu sebesar genggaman tangan je. Tapi jika kita bosan dengan nasi lemak kat kedai mamak tu ada juga nasi lemak di jual di gerai payung makcik (illegal) tepi jalan setiap pagi dan harga nasi lemak anda bermula dari RM2.50 (tu pun nasi lemak kosong telur rebus suku je). Kalau kita tambah lauk macam ayam ke daging goreng ke nahhh mahu RM4 lebih sehingga cecah RM7 makcik gerai payung tu charge. (Kisah benar dari pengalaman sendiri). Pastu pelbagai jenis kuih-muih yang dijual oleh makcik gerai payung tu sebijik dan kecik gila RM0.50 sebabnya mungkin ni kawasan Damansara konon2 elit dan tempat orang-orang kaya atau berkemampuan je tinggal. Sejak harga nasi lemak makcik gerai payung yang ridiculous ni di tambah satu insiden jumpa kumbang dalam nasi lemak makcik time nak makan kat rumah terus saya banned semua gerai payung area ni.



                                         Ni bukti seekor kumbang yang ditemui dalam nasi 
                                         lemak daging goreng makcik gerai payung tu. Sejak
                                         hari tu terus xnak beli lagi kat gerai payung tu dah. 

Kemudian saya pun jalan-jalan cari tempat makanan baharu di sekitar Damansara. Kawasan yang saya pergi singgah ialah Kg. Sg. Penchala. Memang ada banyak gerai payung dan kedai makan melayu kat area Kg. Sg. Penchala dan ada harga yang sangat murah dan berpatutan tapi ada jugak yang mahal sikit. Mula2 saya try gerai tepi jalan dekat dengan trafik light flyover tu hmmm nasi lemak kerang dia RM4.50. Mahal sikit..patut RM3.50 je..kalaula saya try lauk ayam goreng ke rendang ke tak taula berapa mungkin lebih RM6 tapi saya xpernah try tambah lauk2 macam tu sebab mesti dia charge harga lagi...Jadi saya decided xmahu lagi bersarapan kat gerai tu lagi dah. Saya pun terus cari lagi gerai baharu sehingga terjumpa sebuah kedai makanan melayu di Kg. Sg. Penchala yang menjual nasi lemak dengan telur mata (portion nasi banyak) yang sangat berpatutan harganya RM2 sahaja jika tambah lauk takla mahal macam harga makcik gerai payung damansara perdana tu. Murah ok ada jual mee goreng, bihun, lontong dan roti canai jugak. Pastu ada jugak gerai2 payung tepi jalan tu yang lain yang jual nasi lemak, bihun dan kue tiaw serendah RM1.50..sangat berbaloi jika beli sarapan di sini atau tapo. Gerainya tepi jalan dekat simpang trafic light je depan masjid jamek. Kini saya pelanggan tetap kat kedua-dua gerai tersebut.

Monday, July 14, 2014

Diwani Khat Calligraphy

Percubaan pertama kali mengenai seni kaligrafi "Khat Diwani" dengan memilih khat yang lebih mencabar sikit iaitu "Lailahaillah..."




Percubaan kedua seni khat diwani dengan memilih "Bismillah...."





Friday, July 11, 2014

Thuluth Khat Calligraphy

Percubaan pertama kali tentang seni kaligrafi "Khat Thuluth" menggunakan 100% tulisan tangan & berus lukisan murah (RM1 satu set beli di Mr.DIY) & chinese ink pun murah (RM1.20 di kedai buku Popular) & kertas lukisan juga murah (RM3.90 satu set di Mr.DIY). Tiada "tracing" dilakukan sebaliknya secara spontan menganggarkan bentuk khat tersebut based dari imej "Khat Thuluth" di internet secara terus lukis atas kertas lukisan. Tidak menggunakan sebarang technical pen atau pen mata serong atau batang resam untuk menunjukkan khat tersebut nampak kemas hanya berus lukisan bersaiz S sahaja. Untuk khat bersaiz B5 ini hanya mengambil masa 11/2 jam untuk siap. (1/2 jam untuk melukis menggunakan pensel lagi 1 jam menggunakan chinese ink) 



Percubaan kedua mengenai seni kaligrafi "Khat Thuluth" dengan memilih khat yang lebih mencabar sikit iaitu "Bismillah..." 


Percubaan ketiga mengenai seni kaligrafi "Khat Thuluth" dengan memilih khat yang lebih mencabar dan rumit.



Allahuakbar




Subahanallah


Muhammad Rasulullah